Thursday, November 19, 2009

SAMBUTAN HARI ANUGERAH SKUSD


Khamis, 19 november 2009. Sambuatan hari anugerah telah diadakan. Sambutan tersebut dihadiri oleh ibu bapa pelajar. Murid-murid yang cemerlang dalam pelajaran diberikan hadiah. Murid yang membaca buku terbanyak juga turut mendapat hadiah. Seorang murid daripada tahap 2 dan seorang murid daripada tahap 1 dipilih sebagai pembaca buku terbanyak. Tahniah kepada murid-murid yang cemerlang dalam pelajaran. diharap tahun hadapan akan meningkatkan lagi kecemerlangan.

Monday, October 5, 2009

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN


Jumaat, 11 September 2009. Program sambutan bulan kemerdekaan telah dijalankan. Tajuk sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini ialah 1 Malaysia. Aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah pembacaan perutusan semperna bulan kemerdekaan kali ke- 25. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan guru besar. Setelah itu, Nyanyian beramai-ramai lagu tanggal 31 dan pertandingan nyaayian lagu patriotik dijalankan. Selain itu, aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan mewarna , tayangan Cd hati Malaya dan info kemerdekaan sejarah bendera persekutuan tanah melayu.

Tuesday, August 18, 2009

PENGREDAN PSS 13 OGOS 2009


Khamis, 13 ogos 2009 - Pengredan PSS SKUSD telah dijalankan dengan jayanya. Pengredan dibuat oleh En. Rosle dari PKG Kuala PiLah. Alhamdullilah gred PSS SKUSD telah meningkat daripada gerd B pada tahun lepas menjadi gred A pada tahun ini. Tahniah kepada semua guru yang telah berkerjasama bagi memastikan PSS SKUSD mendapat gred A.

Sunday, August 2, 2009

PEMBERITAHUAN*** 13 OGOS 2009 - Pengredan PSS SK Ulu Sungai Dua akan diadakan.

Sunday, June 21, 2009

Selasa, 19 mei 2009. Sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan.Majlis dimulakan dengan membaca perutusan daripada Menteri Pelajaran dan Pengarah Pelajaran. Setelah itu, diteruskan dengan ucapan daripada wakil murid dan seterusnya ucapan daripada guru besar. Murid-murid bersalaman dengan guru dan memberi guru hadiah. Guru juga turut bertukar-tukar hadiah.Guru pembina negara bangsa merupakan tema bagi sambutan hari guru pada tahun ini. Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di SK Ulu Sungai Dua khasnya dan guru-guru di seluruh Malaysia amnya.

Tuesday, April 7, 2009

EDUWEBTV

Tarikh: 24 mac 2009

LDP Eduwebtv telah diadakan.

Monday, April 6, 2009

Mesyuarat PIBG


Tarikh: 31 Mac 2009

Tempat: SKUSD


Majlis perpisahan guru besar lama dan menyambut kedatangan guru-guru baru turut diadakan sebelum mesyuarat PIBG berjalan. Terima kasih kepada semua guru yang bersama-sama menjayakan majlis ini.

Mari Renungkan bersama